Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang
bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait
rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan
dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh
pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal
Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi
pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua
perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN
Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman
pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.
Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran
berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan
estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,
Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi
pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu
psikomotor, kognitif dan afektif.
Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang
membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial
serta tahap kecergasan yang tinggi.
Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada
program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui
pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan
keseluruhan kanak-kanak.
MAKSUD PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan
pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan
berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.
OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI
Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti
fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga
perkara utama :
Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan
dalam kehidupan seharian
Matlamat Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan
kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup
sihat
APAKAH BUDAYA PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI?
§ Penglibatan murid secara aktif
dan selamat
§ Interaksi yang kreatif dengan
rakan, bahan dan alatan
§ Penyimpanan rekod kegiatan murid
sebagai bukti pembelajaran
APAKAH BUDAYA PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN KESIHATAN?
§ Penglibatan murid secara
penghayatan ilmu dan pengetahuan
§ Interaksi dengan guru, rakan dan
masyarakat
§ Penyimpanan rekod kesihatan dan
kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran
…==Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani==
Kecergasan
§ Konsep tunjang ini
menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan .
§ Tumpuan diberi kepada komponen
kecergasan berasaskan fizikal.
KECERGASAN FIZIKAL
KOORDINASI
§ Imbangan
§ Ketangkasan
§ Kuasa
§ Masa Respons
§ Kepantasan
BERASASKAN PELAKUAN MOTOR
§ Berasaskan kesihatan
§ Daya tahan kardiovaskular
§ Daya tahan Otot
§ Kekuatan
§ Kelenturan
§ Komposisi badan
KEMAHIRAN
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada
aspek pergerakan otot Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan ,
olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi
KESUKANAN
Konsep tunjang ini menitik beratkan kefahaman dan pengetahuan bagi
mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek
keselamatan, pengurusan, kerjaya etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan
sukan.
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
§ Konsep tunjang ini adalah penjagaan
asas kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan
§ Tumpuan diberi kepada kesihatan
diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan
GAYA HIDUP SIHAT
§ Konsep tunjang ini adalah
pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku
berisiko secara berterusan.
§ Tumpuan diberi kepada
penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan,
penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
PERSEKITARAN
Konsep tunjang ini adalah
pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas
Tidak ada komentar:
Posting Komentar